0
Shopping Basket RM0.00
Cart is empty

KEKABU ASLI

Pokok Kekabu merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Mexico, Amerika Tengah, Caribbean, utara Amerika Selatan, dan barat Afrika serta Asia Tenggara. Pokok kekabu memiliki daun yang jarang dan dahan mendatar bertingkat pada sudut mendatar. Pokok Kekabu malar hijau ini memiliki batang kelabu pucat berduri banyak ditanam dikalangan penduduk kampung Melayu. Jika sebelum ini anda pernah mendengar tentang kekabu asli, inilah 8 kelebihan mengenainya:

i) Kekabu ialah gentian semulajadi anugerah Allah kepada kita semua sejak wujudnya alam dunia ini. Kekabu bukannya gentian sintetik ciptaan akal manusia seperti poliester yang terbatas keupayaannya, maka gentian sintetik tersebut sudah tentu mempunyai banyak kelemahan.

ii) Kekabu tidak menyimpan haba. Maka bantal kekabu tidak panas.

iii) Kekabu lembut dan mudah digebukan semula. Caranya ialah dengan menjemur bantal atau tilam kekabu di bawah sinaran matahari, kemudian ditepuk-tepuk dengan tapak tangan atau dipukul dengan kayu.

iv) Produk berasaskan kekabu tahan lama, mungkin boleh menjangkau 20 tahun atau lebih.

v) Tilam kekabu sangat baik untuk sokongan dan pembentukan tulang belakang. Tengok orang dulu kuat, tegap, tegak, sihat dan cergas. Bayi yang tidur atas tilam kekabu akan cantik postur badannya malah akan lebih cergas dan sihat kerana memiliki tulang belakang yang sempurna. Tapi sekarang para ibu cenderung membeli tilam bergentian sintetik kerana lembut. Ingat! kelembutan tidak sesuai untuk pembentukan tulang belakang.

vi) Kekabu tahan rintang terhadap serangan serangga seperti pijat dan bakteria. Serangga dan kulat tidak sesuai hidup dalam kekabu kerana tiada kelembapan pada kekabu.

vii) Kekabu bersifat tidak toksik kerana tidak mengandungi bahan kimia tambahan. Maka kekabu tidak memberikan kesan sampingan yang negatif kepada si penggunanya.

viii) Kekabu adalah ringan iaitu 7 kali kurang tumpat daripada kapas.

Shopping Basket
ms_MYBahasa Melayu
× Perlu bantuan?