Selamat Datang ke Kedai Melissa
PENERAJU Pembuat Cadar Asrama & Sarung Tilam Kalis Air PVC Berzip di Malaysia
Bermula dengan permulaan yang sederhana. Bermodalkan RM300 dan berniaga dari rumah secara atas talian, Kedai Melissa melalui proses naik turun, keringat dan airmata dengan usaha keras , ketekunan dan tekad untuk terus berkembang. Menjadikan “Berkualiti & Diyakini” sebagai akar utama, akhirnya Kedai Melissa mendapat kepercayaan daripada sekolah, kolej, üniversite, hotel, jabatan kerajaan, GLC dan badan korporat.
Kedai Melissa didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada Januari 2011. Merupakan syarikat berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan berstatus bumiputera. Kedai Melissa mempunyai ‘track record’ yang baik sebagai penjual, pembekal dan pembuat cadar asrama. Mempunyai sebuah ruang pameran diberi nama Kedai Melissa, kilang jahit kecil diberi nama AJ Creative Tailoring dan sebuah pejabat urusan iaitu Kedai Melissa (M) Sdn Bhd.
Produk utama Kedai Melissa ialah cadar untuk kegunaan asrama, hospital dan hotel. Selain itu, pelanggan juga boleh menempah cadar dan selimut dengan pakej bercop logo sekolah. Pada tahun 2019, Kedai Melissa mengeluarkan bantal yang dijenamakan sebagai LENTOOQ. Pada September 2019, percubaan pertama Lentooq di bawa ke luar negara iaitu pasaran China. Pada masa yang sama, Lentooq telah mendapat sijil pengiktirafan Buatan Malaysia oleh KPDNHEP & produk Made In Selangor. Selepas itu, terbit dua lagi SKU bantal di bawah jenama Lentooq.
Sementelahan itu, Kedai Melissa mengorak langkah lagi dengan memperkenalkan produk baharu iaitu sarung tilam dan sarung bantal kalis air berzip di bawah jenama N O Y A. Dengan mengambil kita aspek kesihatan dan kebersihan, produk ini memenuhi skop yang diperlukan oleh klinik, hospital, rumah kebajikan dan individu.

Kilang Kami
KILANG KAMI – AJ CREATIVE TAILORING
Bermula dari sebuah angan-angan kami tenunkan menjadi realiti. Setelah mencongak dan mengatur strategi, maka kami tubuhkan Aj Creative Tailoring untuk menjadi nadi dan pusat bagi kami mengembangkan perniagaan Kedai Melissa. Ditubuhkan pada tahun 2018 dan memulakan operasi sepenuhnya pada tahun 2019. Dari merangkak, berdiri, bertatih dan berjalan, kami sentiasa menimba ilmu untuk memperkukuhkan dan mempertahankan apa yang telah kami bina. Kini, kami mampu meletakkan kualiti sebagai jaminan kepada produk keluaran kami.
Pelanggan Kami









