Bantal High Resilience Foam keluaran Kedai Melissa sememangnya berkualiti dan mendapat maklum balas yang baik dan positif dari para pelanggan. Kadang ramai yang mengeluh katanya badan terasa sakit kerana kerja yang terlalu menimbun di pejabat. Penat menjaga anak kecil yang buas dek kerana baru mendapat ‘kaki’.
Macam-macam keluhan yang kami terima dari para pelanggan. Tetapi bila Kedai Melissa ajukan soalan kepada mereka, “Adakah tuan/puan mendapat tidur yang berkualiti?” Masing-masing terdiam dan merenung. Ada juga yang sanggup membahayakan kesihatan dengan mengambil pil tidur kononnya dapat tidur yang lama dan berkualiti. Ish semuanya mengarut.
Tidur yang berkualiti amat penting untuk tubuh badan. Tidak perlu tidur sehingga 12 jam untuk dapatkan tidur yang berkualiti, cukup dengan 6 jam dan menggunakan bantal yang memberi sokongan yang penuh untuk leher dan belakang badan sudah memadai.
Bantal High Resilience Foam merupakan bantal yang mampu memberikan keselesaan untuk diri anda dan seisi keluarga. Hal ini kerana bantal ini tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Selain itu, ia juga mempunyai ketahanan selama 3 tahun. Tak perlu habiskan duit untuk tukar bantal pada setiap bulan, hanya dengan RM49.00 sudah tahan 3 tahun penggunaannya.