0
Shopping Basket RM0.00
Cart is empty

SARUNG TILAM PVC KALIS AIR SESUAI UNTUK RAWATAN FISIOTERAPI

Pada bulan September 2021 baru-baru ini, ada seorang wanita memulakan perbualannya di messenger Facebook Kedai Melissa. Macam-macam soalan yang diajukan sama ada Kedai Melissa terima tempahan untuk sarung tilam custom atau pun tidak. Berapa harganya dan lain-lain. Salah seorang dari staff kami membuat panggilan dengan wanita tersebut untuk menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan dengan produk kalis air keluaran Kedai Melissa.

Semasa dalam panggilan tersebut, wanita itu menceritakan yang beliau dan suami mempunyai seorang cahaya mata 20-an yang kurang upaya. Anaknya kini menjalani rawatan fisioterapi di rumah dan doktor memberi cadangan agar pasangan suami isteri tersebut mencari Sarung Tilam PVC yang seperti di hospital untuk kegunaan rawatan anak istimewanya itu. Puas pasangan itu mencari demi untuk keselesaan anaknya dalam menerima rawatan.

Selang beberapa hari, akhirnya mereka jumpa Sarung Tilam PVC Kalis Air keluaran Kedai Melissa di platform aplikasi Facebook dan menempah Sarung Tilam PVC Kalis Air Custom iaitu ukurannya yang tebal 2 inchi sahaja. Ketebalan 2 inchi itu ditempah oleh beliau kerana beliau menggunakan tilam yang tebal 2 inchi untuk rawatan anaknya kerana jika mereka menggunakan tilam yang tebal mungkin boleh menyebabkan kecederaan di bahagian kepala jika anaknya bergolek-golek semasa melakukan rawatan tersebut.

Syukur kami ke hadrat ilahi dengan adanya produk keluaran kalis air yang berkualiti tinggi ini mampu membantu ramai orang yang memerlukan. Ia sesuai untuk semua peringkat umur dan sesuai untuk semua jenis kulit. Penggunaan kain PVC yang sejuk, anti hama dan anti bunyi kerinting semestinya menjadi pilihan yang terbaik untuk semua pelanggan kami, “Ingat Custom Sarung Tilam PVC, ingat Kedai Melissa”

Shopping Basket
ms_MYBahasa Melayu
× Perlu bantuan?