0
Shopping Basket RM0.00
Cart is empty

TEMPAHAN CADAR ASRAMA UNTUK SESI PERSEKOLAHAN ASRAMA 2022

Seperti yang kita sedia tahu, Kedai Melissa mempunyai mini kilang yang di kenali sebagai AJ Creative Tailoring. Mini kilang ini merupakan tempat produksi untuk menghasilkan produk-produk keluaran Kedai Melissa (M) Sdn Bhd seperti bantal, produk kalis air, cadar asrama dan pelbagai lagi kelengkapan tidur.

Pada awal tahun 2022 ini kami menerima banyak tempahan cadar asrama custom dari pelbagai pihak seperti sekolah, pusat asrama, jabatan kerajaan, agensi swasta dan lain-lain lagi. Tempahan cadar asrama ini merupakan persiapan bagi pelajar-pelajar untuk memulakan sesi persekolahan mereka pada pertengahan bulan April 2022.

Cadar asrama keluaran Kedai Melissa sentiasa menjadi pilihan yang utama buat mereka kerana cadar asrama kami mempunyai pelbagai keistimewaan. Antaranya adalah kami menerima tempahan custom mengikut saiz yang pelanggan berikan serta mempunyai pilihan warna yang tidak terhad. Selain itu, kami bersedia menerima tempahan dalam kuantiti yang sedikit mahu pun banyak. Selain itu, servis cop logo dan printing juga turut disediakan. Kualiti jahitan yang terbaik dan penghantaran yang pantas.

Usah bimbang dengan kos, anda akan mendapat harga yang berpatutan seiring dengan kualiti yang anda terima, Kami mengalu-alukan tempahan cadar asrama daripada anda tidak kira di dalam atau luar negara. “Ingat cadar asrama custom, ingat Kedai Melissa”

Shopping Basket
ms_MYBahasa Melayu
× Perlu bantuan?