0
Shopping Basket RM0.00
Cart is empty

SUMBANGAN PRODUK KALIS AIR NOYA BY KEDAI MELISSA KEPADA BEBERAPA BUAH HOSPITAL

Sempena bulan puasa tahun 2022, Kedai Melissa mengambil satu langkah inisiatif untuk membantu pesakit yang sedang berjuang bertarung dengan penyakit yang dialami. Kedai Melissa telah memberikan beberapa sumbangan kepada beberapa buah Hospital antaranya adalah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Hospital Shah Alam & Hospital Kuala Kubu Bharu.

Sebanyak 60 Sarung Tilam Berzip PVC Kalis Air & 60 Sarung Bantal PVC Kalis Air telah disumbangkan. Sedikit sebanyak ia dapat membantu pihak Hospital untuk memberikan keselesaan yang lumayan kepada para pesakit.

Anda tahu apa yang menyentuh hati kami? Seorang pegawai Hospital telah memberikan ucapan yang betul-betul ‘kick’ kepada kami semasa hari penghantaran sumbangan tersebut sambil memegang dan mengusap material Produk Kalis Air NOYA by Kedai Melissa.

Ehh sejuk lah material sarung tilam ni. Kami sebenarnya ada para pesakit yang ditempatkan di bilik yang tidak ber aircond disebabkan kesihatan mereka yang tidak mengizinkan. Jadi, memang susah nak cari material cadar & sarung tilam yang sejuk, berkualiti, tahan lasak dan kalis air. Terima kasih banyak-banyak Kedai Melissa”    

Nampak seperti ucapan yang ringkas tapi ia amat bermakna untuk Kedai Melissa. Usah khawatir dengan perkhidmatan dan servis dari Kedai Melissa kerana kami mampu memberikan layanan dan servis yang berkualiti dalam segala produk yang anda beli dari kami. Ingat custom cadar & sarung tilam kalis air, ingat Kedai Melissa!

Shopping Basket
ms_MYBahasa Melayu
× Perlu bantuan?