ARTIS ZARINA ZAINUDDIN BELIKAN CADAR KALIS AIR NOYA KEPADA ANAKNYA AZAL & AZIL
Tujuan Kedai Melissa wujudkan produk Kalis Air NOYA adalah tidak lain dan tidak bukan untuk membantu masyarakat dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Seperti yang sudah di sedia maklum, produk kalis air NOYA ini sangat bagus untuk menjaga ibu bapa yang uzur, anak istimewa seperti OKU & AUTISME serta anak yang mempunyai masalah kencing malam.
Siapa sangka dengan kuasa viral, kami mendapat kepercayaan dari wanita dan ibu yang hebat untuk membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kami menerima panggilan dari pihak Puan Zarina Zainuddin sendiri untuk membeli Cadar PVC Kalis Air CUSTOM saiz Queen untuk kegunaan anak syurganya iaitu Azal dan Azil.
“Bagusnya ada Cadar Kalis Air dari Kedai Melissa ni, sangat-sangat berguna. Dulu waktu saya menjaga arwah nenek saya, hari hari saya akan basuh cadar untuk cuci najis kerana pampers yang bocor”
“Azil suka makan atas tilam, kadang tertumpah makanannya atas tilam. Cadar boleh cuci tapi sayang tilam sebab kotoran dan bau makanan yang melekat. Bila ada cadar ni, sanitize dan lap sahaja”
Nampak seperti ucapan yang ringkas tapi ia amat bermakna untuk Kedai Melissa. Jujur dari pihak kami, tiada ucapan yang ingin kami dengar melainkan rasa bersyukur dan gembiranya pelanggan kami dengan produk keluar Kedai Melissa. Oleh sebab itu slogan testimoni NOYA adalah KEPUASAN ANDA ADALAH KEBANGGAAN KAMI.
Terima kasih Puan Zarina kerana memberi kepercayaan kepada Kedai Melissa. Semoga puan terus tabah dan menjadi inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana. Ingat Cadar Kalis Air, ingat Kedai Melissa